Thursday, March 4, 2010

Mari jadi ghulam :) (part 1)

Assalamualaikum, alhamdulillah. InsyaAllah hari ni nak tulis pasal kisah ghulam. Daripada post sebelum ni, alhamdulillah dah teroka sikit surah Al- buruj beserta maksudnya..

Ghulam (perkataan arab)  bermaksud budak dari segi bahasa. Dari segi istilah? Ok jom kite teroka kisah ghulam jom.

Didalam sebuah kerajaan, terdapat seorang raja yang menggelar dirinya tuhan dan menyuruh seluruh rakyatnya tunduk kepada dirinya. Dan didalam kerajaan ini juga terdapat seorang magician yang sudah tua. Oleh kerana dia tidak tahu berapa lama lagi dia mampu hidup didunia ini, dia pon meminta kepada raja untuk mencari seorang budak untuk dia ajarkan setiap ilmu yang dia ada agar ilmunya itu ada pewaris. Dia juga mengatakan serba sedikit ciri murid yang dia kehendaki. Dia tidak mahu orang sebarangan untuk menjadi perintis nya. Lalu, raja pon mengarahkan orang untuk mencari budak yang special seperti yang digambarkan oleh magician tersebut...

Sementara itu, ghulam adalah seorang pelajar yang cemerlang, dia mampu mengingati perkara yang diajarkan dengan cepatnya. Oleh sebab itu, cerita kepandaian dan kesungguhan ghulam dalam menimba ilmu sampai ke telinga orang suruhan raja. Lalu mereka pun melapor kan berita itu kepada raja. Magician itu berasa amat seronok untuk mendapat seorang perintis untuk dia ajarkan seluruh ilmu yang dia ada.

Semenjak hari itu, ghulam pon akan berulang alik, dari istana kerumahnya. Oleh kerana rumah nya agak jauh dari istana, dia perlu berjalan merentas kampung, kemudian melalui sebuah hutan tebal dan akhirnya sampai ke istana. Dia menimba ilmu dari sehari ke sehari dengan penuh tekun dan rajin...

Pada suatu hari yang indah lagi tenang, seperti hari hari sebelumnya, ghulam melangkah dengan girang ke istana untuk menimba ilmu dari magician tua itu. Namun, dalam perjalanan merentasi hutan itu, dia ternampak sebuah gua,. Dengan penuh kehairanan, dia pun melangkah kedalam gua itu perlahan lahan. Tiba tiba dia ternampak seorang tua sedang bertapa didalam gua tersebut. Dia bertanya kepada orang tua itu, siapakah gerangannya, dan mengapa dia tinggal keseorangan didalam hutan itu. Orang tua itu sebenarnya adalah seorang ahli agama atau lebih dikenali sebagai seorang rahib. Dia telah dibanned oleh raja kerana dituduh menyebarkan ajaran palsu. Raja tidak mahu dia menyebarkan ajaran tauhid kerana dia tidak mahu rakyat mengetahui bahawasanya dia bukan lah tuhan seperti yang dia hebahkan. Lalu, rahib itu dibuang negeri. Sebab itulah, rahib itu hidup keseorangan didalam gua tersebut.

Ghulam pon berfikir. Kalau raja ini bukan tuhan, siapa? Dia menjadi tertarik kepada rahib ini. Dia membuat keputusan untuk turut menuntut ilmu daripada rahib tersebut. Selepas habis berbincang dengan rahib itu, ghulam pun meneruskan perjalanan ke istana. Alamak! abes la~~ ternyata dia sudah terlambat untuk kelasnya bersama magician. Apabila dia ditanya oleh magician tua itu, dengan tanpa berfikir panjang, dia mengatakan bahawa ibunya melepaskannya untuk keluar lambat pada hari ini, sebab itulah dia lambat. Ghulam tidak menceritakan kisah sebenar kerana dia sudah berjanji tidak menceritakan kepada sesiapa pun perihal dia berguru dengan seorang rahib.

Semenjak hari ghulam bertemu rahib ni, hidup ghulam agak tershifted sikit la kan. Setiap hari dia akan keluar rumah awal dari selalunya, dengan alasan magician mengarahkannya berbuat demikian, singgah ditengah perjalanan untuk menimba ilmu agama dari rahib, dan apabila sampai ditempat magician alasan yang sama dengan sebelumnya digunakan dari hari ke hari.. Ilmu yang dipelajari oleh ghulam semakin lama semakin banyak. Dan hakikatnya sekarang, ghulam sudah mengetahui tentang tuhan yang menciptakannya, dan raja bukanlah tuhan. Dia hanyalah manusia biasa.

Pada suatu hari, magician berkata kepada ghulam bahawa ilmu yang dia sampai kepada ghulam perlu lah dipraktikkan. Jadi, dia mengarahkan ghulam untuk menggunakan ilmunya sambil mengembara. Dia bersetuju dengan magician tersebut, ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah. Lalu dia menceritakan perihal itu kepada rahib. Rahib mengangguk angguk kan kepalanya. Inilah masanya untuk mencuba segala ilmu yang telah dipelajari. Apabila ghulam sampai disebuah kampung, dia pun menceritakan apa yang diceritakan oleh rahib kepadanya. Dari satu kampung ke satu kampung, dia menceritakan dengan penuh minat dan semangat, sehinggakan orang yang mendengarkan ceritanya terus mempercayainya, namun ada juga segelintir yang tidak mempercayainya. Apabila dia dalam perjalanan keluar dari sebuah kampung, terlintas dihadapannya seekor raksaksa yang sangat besar dan mengerikan. Dengan lafaz, atas nama tuhanku, dia pun menggunakan magic yang dipelajarinya dari magician. Tidak lama kemudian raksaksa itu pun mati dan ghulam telah menyelamatkan kampung itu.

Dengan itu tamatlah sudah praktikal nya sebagai seorang pelajar, dan dia sudah mampu menggunakan ilmu magiknya. Pada suatu hari, seorang pegawai istana, menceritakan kepada ghulam perihal anaknya yang buta. Dia meminta kepada ghulam untuk mengubati anaknya, namun ghulam menggeleng geleng kan kepalanya. "Saya hanya akan membantu, tapi hanya dengan izin Allah, anakmu akan dapat melihat kembali." kata ghulam. Selepas beberapa kemudian, anak pegawai istana itu pon, dengan izin Allah mampu melihat semula. Pegawai itu berasa anat gembira, tetapi dia masih terbingung bingung dengan apa yang dikatakan oleh ghulam sebelum ini. Dia percaya bahawa hanya ada seorang tuhan sahaja dalam hidupnya dan itu adalah raja. Namun, selepas kejadian itu, anaknya dapat melihat kembali, lalu dia pun beriman dengan tuhan ghulam, iaitu tuhan sekalian alam.

Namun begitu, salah seorang daripada pegawai raja menyedari perubahan itu lalu melaporkan kepada raja. Raja berasa amat marah lalu memanggil pegawai tersebut. Raja memaksa pegawai itu untuk memberitahunya siapa yang menceritakan perkara berkaitan dengan tuhan itu kepadanya. Pegawai itu tidak mahu meletakkan ghulam dalam keadaan yang bahaya lantas mendiamkan diri. Raja berasa amat marah lalu menyiksa pegawai tersebut. Selepas beberapa ketika, pegawai itu tidak mampu lagi menahan siksaan raja itu, lalu dia menceritakan perkara sebenar kepada raja itu..

Tergamam raja itu. Ghulam? Seorang pelajar yang dia percayai dan sayangi selama ini telah mengkhianatinya. Raja pun memanggil ghulam datang mengadap. Raja memaksa ghulam untuk meninggalkan agamanya sekarang dan kembali menyembah dirinya. Namun, ghulam tetap dengan pendiriannya.. Dia sanggup hilang nyawa daripada berpesong dari agama yang benar itu.

Raja membuat keputusan untuk membunuh ghulam..
Berjayakah raja membunuh ghulam? Semuanya akan terjawap dalam pos akan datang..

Berdasarkan cerita diatas, apa pengajaran yang kita boleh dapat? Nampak tak diri kita sebagai seorang pelajar ini sama seperti ghulam. Sentiasa terkejar kejar menimba ilmu. Ilmu yang diberikan oleh rahib sama seperti ilmu agama, dan ilmu magician pulak ialah ilmu dunia. Kalau perasan, ayat yang diboldkan diatas td, menunjukkan bagaimana ghulam boleh mengalahkan raksaksa ayam itu. Dia meminta daripada tuhan, lantas menggunakan senjatanya (magik) untuk mengalahkan raksaksa itu.
Jadi, pengajarannya, kita sebagai seorang pelajar mestilah berusaha membalance kan antara ilmu agama dan ilmu dunia, kerana kedua dua nya saling melengkapi antara satu sama lain. Jika tiada satu, maka tidak lengkap lah ilmu itu..

Pernah dengar tak pepatah mat saleh, yang apabila diterjemahkan sikit, membawa maksud, "sains tanpa agama, buta, agama tanpa sains, tempang.." ape pendapat korang? ada pendapat yang tidak bersetuju dengan "agama tanpa sains, tempang.. alasannya, sebab agama itu sudah merangkumi medium.. (kalau kita ibaratkan kalau takde sains, kte tak leh nak move forward (tempang)..)
tapi, saya personally setuju dengan pepatah ni, kalau kite looks as agama dan sains ialah 2 aspek yang berbeza.. Kalau kita ada sains ( ilmu dunia ), tp kite takde ilmu agama, kita umpama orang buta, yang tiada arah tuju... dan kalau kita hanya ada agama, dengan membawa maksud, menimba ilmu agama semata mata dan mengabaikan sains atau ilmu dunia, --[tp, cam pelik la ni, sbb agama kita menggalakkan kita menimba ilmu dunia jugak, so cam pelik lah kalau ade agama aje, tp kte take this as one possibilities here. :)]  kita diibaratkan seperti tempang, kita mampu melihat dengan jelas matlabat hidup, tapi kita sukar mencapainya...

 Harap harap pengisian kali ini memberi sedikit ilmu. Saling ingat mengigatkanlah antara satu sama lain. InsyaAllah jumpa lg dalam lembaran akan datang.
Salam.

No comments: