Thursday, March 11, 2010

Ilmu dan fikrah.

Assalamualaikum.

Kita selalu tak dengar orang cakap dua perkataan ni, ilmu dan fikrah? Ilmu adalah satu perkataan yang memang selalu sangat dah dengar, membaca jambatan ilmu, ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah. Ilmu ialah something yg maybe kte tak nampak, tp obvious. Bila kita cakap seseorang tu berilmu, maksudnya, seseorang tu mengetahui sesuatu, dan dipandang tinggi atas ilmu yang dimiliki.

Camne ngan fikrah pulak? Bila first time dengar perkataan ni, eyh rase cam familiar~ macam selalu dengar.. tapi, bukan selalu dengar fitrah ke? owh no no, fitrah lain. fitrah is nature. kita tau fitrah manusia ialah islam, dan lagi, fitrah manusia adalah semuanya baik. cuma kadang2 kita lari sikit dari fitrah kita, ni semua sebab bisikan syaitan. yang selalu membisikkan kita agar prone to keburukan. fikrah on the other hand  ialah cara pemikiran, atau paradigma seseorang terhadap sesuatu.

So, ilmu dan pemikiran? adakah dua bende ini related to each other? bila kita kaji selidik sikit2 kita nampak, yang kedua duanya ni memang ade kaitan antara satu sama lain. pemikiran kita terbentuk daripada sesuatu ilmu yang sudah menjadi darah daging kita. sesuatu yang kita selalu dengar sampaikan bile kita berada dalam sesuatu condition, untuk kita mengambil langkah seterusnya, kita akan berfikir dengan cara pemikiran yang kita perolehi daripada ilmu tersebut. Ilmu yang dimaksudkan disini, ialah ilmu yang kita boleh perolehi daripada usrah2 dan sebagainya. Sebagai contoh ilmu analogi bola besi. Analogi bola besi ialah satu ilmu, dimana kita dapat menerusi usrah. (dalam konteks penulis). Ini hanyalah ilmu. Tetapi, apabila kita memahami dan menghayati ilmu ini lalu mengaplikasikan dalam kehidupan kita, disinilah ilmu ini kite gelarkan fikrah. Dimana apabila dia sudah menjadi sebahagian daripada pemikirian kita dan menjadi alat untuk kita menyelasaikan sesuatu masalah atau merungkaikan sesuatu kerumitan.

Jelas tak maksud fikrah sekarang? Dalam erti kata lainnya, cara pemikiran kita, paradigma kita.. Easy kan?
tapi, maksud takkan jelas dengan ketidakhadiran contoh yang kita boleh nampak dalam kehidupan seharian kita. Kita ibaratkan ilmu dan fikrah sebagai gelas berisi air. So ada dua medium, gelas dan air, gelas mencorakkan air, dan setiap kali air tercurah kedalam gelas, air akan mengambil bentuk gelas kan?
So siapa ilmu siapa fikrah kan? Haa teka2. :)
Air eyh? Hurm, ilmu sebagai air ke, fikrah sebagai air kah?? penat penat fikir come out with, haaa! da tau, ilmu tu air dan fikrah tu gelas...
jap..
betulke ? kenapa cakap camtu kan? ohh hoo :)
betul la tu, air tu ibarat ilmu yang kita timba, semakin hari semakin ditambah semakin banyak, dan pemikiran kita ataupun fikrah tu cara kita mencorakkan pemikiran kita. haa, kan senang. :)

Beza ilmu dan fikrah? Ilmu senang aje nak carik. bukak buku, layari internet, semua boleh bg kita ilmu. Fikrah pula, cara pemikiran atau pandangan kita terhadap sesuatu? itu bukan something yang senang nak kite perolehi. Cara nak dapatkan fikrah ialah dengan mempelajari ilmu, darah dagingkan ilmu tu dan hidup berlandaskan ilmu tu, itulah dinamakan fikrah..
Beza lagi, ilmu tu diibaratkan sentiasa kering, dan fikrah pula basah. Kering basah apa pulak ni kan? Ilmu tu selalunya kering diibaratkan ilmu yang kita simpan diotak kita, dia sentiasa kering sebab kita sentiasa perlu
review balik la, kalau tidak kita lupa nanti. Fikrah pula sentiasa basah? Melalui perbincangang kita sebelum ini kita paham yang fikrah itu sudah sebati dengan diri kita, sinonim dengan kehidupan seharian kita, cara pemikiran kita, kerana itu ia diibaratkan sentiasa basah. Atau lebih paham, ilmu yang sudah mendapat tempat dihati kita. Sama la macam bercinta. Jika kita sudah cintakan sesuatu itu, maknanya dia telah mendapat tempat dihati kita, walau apa yang kita akan lakukan, kita akan teringat dan terkenangkan something yang dah ada dihati kita, tak begitu?? (haha comel tak contoh?

Konklusinya,  kalau kita paham, ilmu tu something yang kte boleh posses, tapi, fikrah bukan something like that. Bukan boleh cari dan jumpe, tp rather kena cari, pegang, prektis kan dalam kehidupan seharian.. Ada tambahan sikit daripada cara nak peroleh ilmu kan? hihihi :)

Ok, insyaAllah boleh paham maksud fikrah dan ilmu, kita kena sedarkan kepentingan fikrah ni dalam kehidupan seharian kita, dan kita juga perlu ingat, jika baik fikrah seseorang itu, insyaAllah, baiklah ilmu yang dicorakkan, dan jika sebaliknya, sebaliknya jugalah ilmu tersebut. (semoga dijauhkan..)
Sampai sini sajalah dahulu.. InsyaAllah banyak lagi ilmu yang nak dikongsikan dalam lembaran2 akan datang insyaAllah, jika panjang umur..

Jumpa lagi dilembaran akan datang insyaAllah.. Salam~

No comments: