Tuesday, June 29, 2010

Ingat kembali.

Salam. Rase cam dah lame tak update blog ni. Sibuk? sibuk bukan perkataan yang sepatutnye menjadi alasan dalam kehidupan kita. Rasanya, lalai? Perkataan tu lagi bagus.. Haha.

Rase cam bila dah lama sangat tak dengar tazkirah, rase cam kosong? Ye ke?. Dengar lagu korea selalu aje. Memekak melalak sensorg, ya Allah buruk nye la perangai haa. Tapi, kalo da suke, camneee.. So hari ni, macam nak mengingatkan kembali diri ini tentang satu soalan ini, sering sangat dah didengari. tp?


Apa tujuan kita hidup dimuka bumi ni? Erm, selalu aje kita dengar soalan ni kan. Skema jawapan yang pasti,

1) Mengabdikan diri kepada Allah
2) Memakmurkan bumi ini

lagi? Kalau mintak pendapat saya, banyak lagi tujuan lain kita hidup, contoh, untuk ibu bapa, nak kerja best2, nak belaja rajin2, tp adakah semua ini tujuan UTAMA kita? the ultimate one, is that it?
Rase macam bukan aje kan. So kita hidup di muka bumi ni, beribadaaaaat aje. Full stop. Takla kan. Kalau asyik beribadat aje, mane nak datangnye kemakmuran dimuka bumi ini?

Memakmurkan bumi ini. 3 perkataan. tp, maksudnye? berjela2 panjang nye. Saye rase, untuk mengetahui tujuan kita hidup di muka bumi ni, kenalah tau tanggungjawab masing2 dulu kan.

Contoh la kan., kita dalam satu company ni, da dapat kerjaaa, gaji besaa lagi haa. So ape tujuan kita berada dalam company tersebut? Of course la nak mendatangkan keuntungan kepada company kita. So, tujuan: keuntungan. Tp, itu bukan tujuan kita berada dalam company tu. Tujuan kita di"hired" oleh bos yg mungkin agak hensem tu ialah untuk kita mengisi kekosongan kerja yang ada disitu, lantas melakukan apa yang disuruh. itulah tanggungjawab kita. Jadi, boleh dikatakan, tujuan kita berada dalam company ialah untuk menjalankan tanggungjawab kita sebagai seorang pekerja...
fiuhhh. cukup panjang. Kesimpulannya, kita kena tahu tanggungjawab kita dulu.. So tara tara tara.. buat list.

Tanggungjawab saya:

Sebagai hamba Allah, kita punya tanggungjawab paling besarrr sekali, hamba Allah. Jadi, kita perlulah melakukan suruhannya, dan menjauhi larangannya. Ini yang utama.

Sebagai seorang pengikut nabi Muhammad. Selepas Allah, tentulah Rasulnya.

Sebagai seorang anak? ke dah kawin, isteri / suami /? ke dah ade babyyyy comel, bapa / ibu?? Oleh sebab saya seorang anak, so saya ada tanggungjawab kepada ibu dan bapa saya sebab saya anak yang comelll. :D
Tanggungjawab anak, jika ibu bapa masih bersama kita, kita kena la dengar cakap mak bapak selagi selaras dengan hukum agama. Doakan kesejahteraan dan kesenangan mereka di dunia dan akhirat. Doa yang saya selalu selitkan dalam solat saya, berbunyi,
           "Ya Allah, peliharalah ibu bapa kami sebagai mana mereka memelihara kami sewaktu kecil"
sejukk perut ibu mengandung bak kate orang? kalau anak sentiasa mendoakan kedua ibu bapa mereka. Susah tu mengandung 9 bulan 10 hari, kelua2 nangis2 aje. sian mak ayah. So, ingat eh tanggungjawab kepada mereka ;)

Lagi, sebagai seorang pelajar. Fuhh. Ni panas ni panas. topik hangat. Sebagai seorang pelajar, tanggungjawab kita belajar. So belajarrrrrrr ajeeee sampai penat. tp, itu tak mungkin berlaku, mungkin la, tp tak ramai kot yang belajar aje. Mesti ade selitan dan selingan dalam proses pembelajaran. Selingan adapun terbahagi kepada 2 pula, baik dan buruk. Jadi, kepada pelajar2 diluar sana mesti sudah mengetahui apa selingan baik dan buruk kan? Jadi, tambahkan la yang baik dan kurangkan la yang buruk. Ingat ni aishah!. :D


Ade lagi ke yang termiss? Oh, sebagai seorang rakan, kita perlu saling mengingati dan menyayangi antara satu sama lain. Sifat hasad dengki memang sentiasa bermaharajalela. Terpulang kepada kita how to treat that sickness. Tapi, hasad dengki juga boleh menjadi "batu loncatan" ke? Kalau kita tengok orang lain berjaya, n kita jeles, then kita struuuggllleeee sepuas hati sampai berjaya macam tu jugak, bagusla camni kan? tp kalau nak pekena orang, its a no no. Someday ape2 yang kita buat kat org, mybe orang akan buat balik kat kita, double, or triple. Tak best la kan?.


So last but not least, as a kekasih hati. HAHA. merepek! takde. Dari sekolah menengah lagi, liyana selalu cakap, couple HARAM!. Fullstop! tiada kompromi. Asal nak kapel2, kawen sudah. abes cite. tak gitu? :D:D


Ok la sampai sini sajalah. Harap2 benda ni lekat dihati. Ingat tanggungjawab kita semua. Banyak kot. Semoga berjaya menjalankan tanggungjawab semua. Don't forget, with love <3.