Wednesday, March 10, 2010

Mari jadi ghulam :) Part 2

Alhamdulillah, diberi juga kesempatan waktu untuk menulis lagi pada hari ini. Apabila terkenangkan balik betapa banyaknya ilmu yang diterima, namun hanya tersimpan didalam hati (ibarat air yang tidak mengalir..) betapa rugi nya rasa. Semoga diberi masa dan kefahaman untuk berkongsi dengan semua pembaca dalam masa terdekat ni. Takot lupeee :(

Berbalik kepada kisah sebelum ini, iaitu kisah ghulam.

Raja pun merasa amat murka atas berita yang disampaikan oleh pegawai istana. Baginda mengarahkan pegawai istana untuk menangkap ghulam dan membawanya kehadapannya. Oleh sebab kedegilan ghulam untuk meninggalkan agama yang dianutinya sekarang, raja memutuskan untuk membunuh ghulam. Ghulam dibawa ketengah tengah laut, diikat, dan dibuang kedalam laut yang dalam itu. Namun, belum sempat pegawai istana melemparkan ghulam ke laut yang tidak nampak dasarnya itu, tiba tiba, bot yang mereka naiki, terumbang ambing bagaikan telur ayam dihujung tanduk dihempas oleh ombak. Semua pegawai istana itu pon dengan izin Allah terbuang kedalam laut. Selamat lah ghulam dengan itu. Dia pun pulang ke istana.

Apabila raja melihat ghulam berdiri dihadapannya tanpa apa2 kecederaan, dia berasa amat hairan. Namun begitu, dia terus mengarahkan pegawai2 nya untuk menangkap ghulam dan memikirkan cara untuk membunuh ghulam. Raja mengarahkan pegawainya untuk membawa ghulam kepuncak bukit lalu membunuhnya. Namun, satu demi satu perancangan raja membuahkan kekecewaan. Apabila mereka berada dipuncak gunung, dengan izin Allah, gunung itu mula bergoncang goncang seperti gempa bumi gamaknya. Lalu sekali lagi ghulam terselamat dan dia pun pulang ke istana..Raja sekali lagi berasa amat pelik..

Kali ini, ghulam bersuara. Kau tidak akan dapat membunuhku wahai raja kecuali dengan satu cara. Raja pun berfikir sejenak. "Baik, apa caranya?..." soal raja. Ghulam pun menceritakan cara untuk membunuhnya. Kumpulkan seberapa ramai orang yang ada untuk menyaksikan peristiwa ini.. (raja berfikir didalam hati, ini amat bagus, sbb nti semua rakyat akan takut untuk melanggar arahannya kerana inilah hukuman yang akan diterima.) Raja mengangguk2. Baiklah. "Katakan apa yang perlu aku lakukan.." Raja pun melakukan seperti apa yang diarahkan oleh ghulam. Dan ghulam pun mati dengan izin Allah. Semua yang menyaksikan kejadian itu terus mempercayai agama yang dibawa oleh ghulam lalu memeluk islam beramai2.

Mesti pembaca pembaca tertanya tanya.. aih? apasal pulak camni kan?. Ok jom kite lihat apa yang ghulam mintak raja lakukan untuk membunuhnya..

Ghulam mengarahkan raja untuk mengikatnya ditempat yang tinggi.. dan memanahnya menggunakan anak panah dan busur, tetapi sebelum melepaskan anak panah itu.. raja perlulah mengatakan "atas nama tuhan budak ini"... anak panah itu tepat mengenai bawah telinga ghulam, ghulam memegang tempat panahan tersebut, lalu menghembukan nafasnya yang terakhir ditempat kejadian.. Semua yang menyaksikan kejadian itu melihat kebesaran tuhan ghulam, lalu beriman dengan tuhan ghulam..

Raja berasa amat murka, lalu mengarahkan pegawai istana untuk menyediakan sebuah parit yang amat besar lalu menyalakan api didalamnya. Dan setiap orang yang beriman dengan tuhan ghulam diarahkan untuk meninggalkan agama tersebut dan kembali menyembahnya. Kepada siapa siapa yang masih berdegil, mereka akan dicampakkan kedalam parit yang menyala nyala api didalamnya. Namun, oleh sebab kekuatan iman dihati mereka, mereka sanggup mati demi mempertahankan kepercayaan yang benar itu..

Eyh, cam penah dengar aje? Parit? Orang beriman dicampakkan kedalam nya? Ye.
Kisah itu kita dpt lihat dalam surah Al-buruj dalam permulaan surah ini..

{ 3}   Dan makhluk-makhluk yang hadir menyaksikan hari itu, serta segala keadaan yang  disaksikan;
{ 4}   Celakalah kaum yang menggali parit,  
{ 5}   (Parit) api yang penuh dengan bahan bakaran, 
{ 6}   (Mereka dilaknat) ketika mereka duduk di kelilingnya,   
{ 7}   Sambil mereka melihat apa yang mereka lakukan kepada orang-orang yg beriman.  
{ 8}   Dan mereka tidak marah dan menyeksakan orang-orang yang beriman itu melainkan kerana orang-orang itu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji! 

Daripada apa yang fahamkan dari kisah ghulam diatas, dan dengan translation daripada surah Al-buruj ni... kita dapat lihat dalam ini terdapatnya dua golongan penting, iaitu saksi (yang melihat kejadian), dan yang disaksikan..

So, siapa yang menyaksikan? obviously, semua orang, makhluk, jin dan manusia dan juga Allah yang maha besar. Yang disaksikan? banyak. kematian ghulam, pembunuhan beramai ramai, siksaan yang diterima oleh orang yang beriman... itu aje ? ade ape2 tambahan lagi tak? ye ade lagi satu. penting ni.. haa? ape2...
apa yang disaksikan juga ialah kebenaran agama yang dibawa oleh ghulam, keluasan pemikiran ghulam, kesanggupan ghulam mengorbankan nyawa semata untuk menyebarkan agama islam., ada lagi.. kebesaran Allah, keimanan orang2 yang sanggup dilemparkan kedalam parit dan mungkin ada banyak lagi yang kita dapat lihat daripada kisah ini...

So, ape kepentingan kisah ini dalam kehidupan kita sebagai seorang pelajar? Kita kena korbankan diri untuk mengislamkan orang lain? macam tu kah? kalau kita tengok dalam konteks seorang pelajar, kita perlulah mencontohi ghulam yang rajin menimba ilmu pengetahuan, ilmu dunia dan akhirat.. Dan lagi, kita perlulah berfikiran jauh untuk kepentingan agama yang kita anuti, agama yang benar ini. Sebenarnya banyak lagi pengajaran yang kita boleh dapat daripada kisah ghulam ini terutamanya dalam konteks seorang pelajar. Dalam kita menimba ilmu duniawi ini, janganlah sesekali kita melupakan tanggungjawab sebagai seorang muslim. Ilmu agama itu sama pentingnya dengan ilmu dunia. Pelengkap antara satu sama lain. Semoga kisah ghulam ini sentiasa dalam hati kita agar kita dapat membalancekan antara dunia dan akhirat. sampai disini dahulu. Sebab ramai orang yang mungkin dah dengar cerita ghulam, sebarang kesilapan boleh la tegur2, dan InsyaAllah boleh betulkan atau tambah point2 penting lagi yang tertinggal mungkin. Sampai lembaran lain..
Salam...

tak mau rotate la plak. aigo

No comments: