Monday, January 25, 2010

Gugusan bintang..

Assalamualaikum..


Usrah baru2 ni membawa kita semua kepada salah satu cerita yang amat bersesuaian sekali dengan kehidupan seorang pelajar, iaitu kisah ghulam.. Sebelum tangan menari2 diatas keyboard ni dengan lebih rancak, jom kite tengok potongan ayat Al quran ini berserta maksudnya sekali..


Hari ni kte cuba baca surah Al buruuj dan lepas tu kita baca tafsir surah ni. Kenapa kena baca?? Haaaa. Sebab untuk lembaran yang akan datang, saya nak bercerita satu kisah, iaitu kisah ghulam (budak) yang amat menarik sangat. Cerita ini penuh dengan motivasi dan banyak manafaat yang kita boleh dapat dan pengajaran dari  cerita ini boleh diterapkan dalam kehidupan seharian kita terutamanya dalam konteks kita sebagai seorang pelajar. Tapi bukan pelajar sahaja, malah semua lapisan masyarakat boleh dapat manfaat daripada kisah ini, cuma cerita kali ini lebih kepada pelajar.

*********************************************************
Bismillah...






Dalam kehidupan seharian kita, asyik sebuk aje memanjang kan? tapi ape yang sibuk sangat nye, sampai nak baca Quran 1-2 muka surat pon tak sempat kan? Hihihi, kalau tgk drama punya lame sanggup kan (cakap kt diri sendiri).. hihihihi. Kalau bace aje tak paham, jom kte tgk maksud dy eyh.. :D

***********************************************************

 
              { 1}   Demi langit yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang-bintang;  
         
              { 2}   Dan hari (pembalasan) yang dijanjikan;       
        
              { 3}   Dan makhluk-makhluk yang hadir menyaksikan hari itu, serta segala keadaan yang  disaksikan;


              { 4}   Celakalah kaum yang menggali parit,  
   

              { 5}   (Parit) api yang penuh dengan bahan bakaran, 



              { 6}   (Mereka dilaknat) ketika mereka duduk di kelilingnya,   
             
              { 7}   Sambil mereka melihat apa yang mereka lakukan kepada orang-orang yg beriman.  


              { 8}   Dan mereka tidak marah dan menyeksakan orang-orang yang beriman itu melainkan kerana orang-orang itu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji! 



              { 9}   Tuhan yang menguasai segala alam langit dan bumi dan (ingatlah), Allah                       sentiasa menyaksikan tiap-tiap sesuatu.      
        
              {10}   Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan  orang-orang  lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka   tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab Neraka Jahannam (kerana perbuatan   buruk itu) dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar (kerana mereka tidak                          bertaubat). 
           
              {11}   Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; yang demikian itu ialah kemenangan yang       besar.

              {12}   Sesungguhnya azab Tuhanmu (terhadap orang-orang yang kufur ingkar) amatlah berat.  
            
              {13}   Sesungguhnya Dialah yang menciptakan (sekalian makhluk) pada mulanya dan yang mengembalikannya (hidup semula sesudah mati).  


              {14}   Dan Dialah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Pengasih.  
          
              {15}   Tuhan yang mempunyai Arasy yang tinggi kemuliaannya, 
          
              {16}   Yang berkuasa melakukan segala yang dikehendakinya. 
             
              {17}   Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal (kebinasaan yang telah menimpa)  kaum-kaum yang menentang (Rasul-rasul yang diutuskan kepada mereka)? 
              
              {18}   (Mereka itu ialah kaum) Firaun dan Thamud (kaum Nabi Soleh

              {19}   (Kaummu wahai Muhammad, bukan sahaja menolak ajaranmu), bahkan orang-orang yang kafir itu terus tenggelam dalam keadaan mendustakan kebenaran;  
 
              {20}   Sedang Allah, dari belakang mereka, melingkungi mereka (dengan kekuasaanNya)!


              {21}   (Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya;    


              {22}   (Lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Luh Mahfuz.

 ************************************************************************
Haaaa, amacam? menarik kan? Ok. Nanti la erk cerita pasal kisah ghulam ni. Ok bagi pengenalan watak2 dulu eyh. Sampai sini dahulu. Salam...


 

                                     Watak Utama -- Ghulam                                                                


 
Watak Kedua Utama -- Rahib..









Watak ketiga Utama -- Magicians..

Kredit to Kak Izati for kartun yang amat comel.. hihihihi. Ilustrasi sekadar hiasan utk lebih menarik perhatian...jgn salah paham pulak. :D






Sunday, January 24, 2010

Analogi air mengalir...

Assalamualaikum semua..
Hari ni dapat ilham nak menulis lagi dan hari ini analogy air mengalir pulak..




Tengok air kat sebelah ni. Cantik tak? Sebab dy boleh mengalir, so air dy senantiasa bersih dan cantik mata memandang.

 Air sentiasa bertukar, sentiasa mengalir.. hurm comel2.








Ape beza gamba ni pulak? Owh jgn tertarik kt mak cik tu pulak eyh. So air ni?

Kite pun cakap, warne dy menunjukkan air ni tak bersih sangat. Mungkin ade jentik2 atau pun hidupan air yang sama waktu dengannya right?

Lagi, air ni mungkin da lame kt sini. Terkumpul aje. Tak berkembang langsung. Huhu






Air yang mengalir eyh??? Apa yang boleh kita umpamakan seperti air yang mengalir? Ok. maybe duit? Kalau duit tu kte tak spend, tak gune la.. same la macam air yang tak mengalir. Is that the case? Hurm, tapi duit tak kan busuk kan? Or maybe air yang mengalir ni macam manusia. Kalau duduk setempat aje, tak pergi kemane mane, mane la nak tau pasal tempat lain kan? ooo.


A good guest. But still, kalau tak pegi mana2 pon kita boleh aje dapat maklumat pasal banyak benda yang terjadi kt sekeliling kita kan? Hurm2.. So ape sebenanye air yang mengalir ni? Air tu melambang kan ape..


Dalam konteks kita dalam pengisian kita kali ini, air ini diibaratkan sebagai.. ILMU. mesti ade pembaca yang dapat teka kan? Haa tahniah. Boleh claim hadiah nnti eyh (hihi main2 aje eyh).


So, analogy air yang mengalir ni sama la macam ilmu pengetahuan kita. Dalam kehidupan seharian kita, banyak sangat ilmu yang kita perolehi, tak kira la ilmu agama ke, ilmu duniawi ke, dan sebagainya. Dan kita mungkin share kan dengan kawan2 kita, or not right? Ilmu bukan sahaje ape2 yang dinyatakan diatas, even kita punye experience pon tu ilmu jugak kan?


Bila kite dapat sesuatu ilmu tu, kite kena la share. Kita tak nak la ilmu tu jadik macam air yang bertakung tu kan? Dan lagi, kalau kite tak share, nnti kte lupe camne? Boleh aje tulis kt buku kan? hihihi..


Tapi, kalau kita renungkan balik, mmg sesuaila analogy air yang mengalir ni utk ilmu yang kita ade. Sebab, air yang mengalir, ilmu yang kita sebarkan kepada org lain. Contoh terbaik nye, diri saye ni, analogy air mengalir ni saya da tau lame dah.. So bila saya cerita ape yang saya ingat kt sini, mesti tak semua yang saya tau ade kat sini. Mungkin sesetengah cerita yang lebih menarik saya dah lpe. Huhuhu.

So, lepas baca ni, kita dapat ilmu baru kan? Haaa. jom share ngan membe2 eyh. :D

Saturday, January 9, 2010

Analogi Bola Besi..

Alhamdulillah. Sepanjang usrah dijalankan bersama kakak usrah ktorg, kak izzati, byk benda baru yg ktorg belajar..
Sebelum ni, nak kate bz, not that bz, but then i really does not put any effort to actually update this blog. And i guess i have the knowledge, so why don't i share.. right?

usrah kali ini membawa kita kepada satu analogi yg amat penting utk kita fahami.. InsyaAllah, kalau kita faham analogi ni, kita boleh ceritakan pada kawan2, dan kita boleh juga gunakan analogi ni utk actually try pimpin kawan2 kite,..

gamba sekadar hiasan

bila kita cakap aje pasal bola besi, apa pendapat kita? keras? comel? kalau baling kt tingkap rumah boleh pecah? hurm all that really not a worst assumption right? (of course they are not, since they come from me huh? really...haha)

tp, kita kena faham satu, bola besi amat lah susah nak cair, tak caye try bakar...kan? dalam analogi kita pada kali ini, bola besi ini terdapat byk lapisan2 yg mesti kita terokai satu persatu.

layer yg pertama, is really the core of the metal ball. Dalam analogy kita pada kali ini, teras sebuah bola besi adalah diibaratkan sebagai akidah kita...
AKIDAH..
O_o
owh..

So, apa yang penting sekali as a muslim is the core, the aqidah itself. Kalau aqidah kita dah betul2 mantap, atau seiring dgn bola besi yg kita leburkan td, leburan tu kemudian akan melebur kpd lapisan kedua..
iaitu..
pemikiran, hati, dalaman..
owh..

dan lapisan terakhir ialah..
luaran, cara pemakaian, cara makan, adab sopan, pergaulan..

here it is. better huh?
maaf atas anak panah n garisan2 coklet tu.. itu nak menunjukkan apabila akidah yg ditengah itu cukup panas, ia akan melebur kepada setiap lapisan, dan hanya! apabila lapisan kedua tu cukup panas, lapisan ketiga pula akan melebur...

dengan hanya analogi ini, tidak cukup utk memantapkan pemahaman tentang analagi ini..
so disini ade satu contoh terbaik kpd analogi ini..

awak ade sorg kawan, kire dy ni free hair la.. contoh~
so awak, mmg sayang habes la kat kawan awak ni.. then awak terpikir cara nak dorong kawan awak ni jadi baiik, i mean, pakai tudung la..
so, ape awak buat? ok la. awak ni tak suka pakai direct aje tegur dy.. so awak pon cakap kt dy,..
"ak kan bukan ape, ak ade hal sikit nak cakap ni, ko pon tau kan.. yg rambut ni aurat, tp kenape ko tak pakai tudung.. berdosa..., bla bla bla bla..."
so, kawan awak ni pon ok la, cam terase gak la..atas usaha awak menasihat kan dy... so esok nye dy pon pakai tudung.. tp,
dah 10 hr awak tak jumpe dy, then last2, hr ke 11.. awak nampak dy free hair balik.. ceyh~ kecewa..

so, kt sini lah bergunanya analogi bola besi ni. kita tak leh nak ubah seseorg tu dr segi luaran.. tp, inner dy yg penting. kita tak leh nak leburkan bola besi tu dr lua~ dalam perlu dileburkan dahulu...
mane pegi akidah dy. sepatutnye, dalaman yg kita kena kuatkan.. macam mana dengan solat dy, cukup ke 5 waktu? puasa kah dy dibulan ramadhan.. itu yg penting. the first layer.. kalau semua tu dah kuat, maka dy akan melebur kepada lapisan kedua, iaitu hati dan perasaan dy.. dy akan mula berfikir ape yg baik dan buruk utk diri dy, dy lebih mengenal agama itu sendr.. lebih menghayati, dalam hati dy dah ade islam.. then, akan merebak ke lapisan luaran nye.. so dy akan start pakai tudung dgn sndr nya.. insyaAllah lebih lama dr 10 hari, dan mungkin sepanjang hayat dy? amacam? mesti kita senyum lebar pada hari itu..

bukan itu saja, ade satu lg yg perlu dikongsikan disini.. dikala ini, banyak umat islam yg dicerca, dihina.. tp kita ada rasa apa2? kalau kita memahami islam itu sendiri, kita akan rasa sedih, sayu.. dan kita fikir kita perlu lakukan sesuatu.. samelah dgn analogy bola besi ni. kalau aqidah kita kuat, kita akan sentiasa memikirkan nasib umat islam diseluruh dunia..(lapisan kedua), dan mungkin kita akan sentiasa berdoa kepada Allah agar dikuatkan iman mereka, dan kita juga.. kita juga mungkin akan lebih berhati hati dalam berbelanja, banyak menderma.. dan sebagainya.....

analogi ini amat penting dalam kehidupan seorg islam. Asalkan teguh teras seseorang islam itu...(aqidah), maka hati dan dalaman nya akan sentiasa mengingati Allah, sentiasa mematuhi suruhannya dan menjauhi larangannya..dan akhirnya, luaran nya akan terserlah keperibadian islam..
insyaAllah..