Monday, January 25, 2010

Gugusan bintang..

Assalamualaikum..


Usrah baru2 ni membawa kita semua kepada salah satu cerita yang amat bersesuaian sekali dengan kehidupan seorang pelajar, iaitu kisah ghulam.. Sebelum tangan menari2 diatas keyboard ni dengan lebih rancak, jom kite tengok potongan ayat Al quran ini berserta maksudnya sekali..


Hari ni kte cuba baca surah Al buruuj dan lepas tu kita baca tafsir surah ni. Kenapa kena baca?? Haaaa. Sebab untuk lembaran yang akan datang, saya nak bercerita satu kisah, iaitu kisah ghulam (budak) yang amat menarik sangat. Cerita ini penuh dengan motivasi dan banyak manafaat yang kita boleh dapat dan pengajaran dari  cerita ini boleh diterapkan dalam kehidupan seharian kita terutamanya dalam konteks kita sebagai seorang pelajar. Tapi bukan pelajar sahaja, malah semua lapisan masyarakat boleh dapat manfaat daripada kisah ini, cuma cerita kali ini lebih kepada pelajar.

*********************************************************
Bismillah...






Dalam kehidupan seharian kita, asyik sebuk aje memanjang kan? tapi ape yang sibuk sangat nye, sampai nak baca Quran 1-2 muka surat pon tak sempat kan? Hihihi, kalau tgk drama punya lame sanggup kan (cakap kt diri sendiri).. hihihihi. Kalau bace aje tak paham, jom kte tgk maksud dy eyh.. :D

***********************************************************

 
              { 1}   Demi langit yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang-bintang;  
         
              { 2}   Dan hari (pembalasan) yang dijanjikan;       
        
              { 3}   Dan makhluk-makhluk yang hadir menyaksikan hari itu, serta segala keadaan yang  disaksikan;


              { 4}   Celakalah kaum yang menggali parit,  
   

              { 5}   (Parit) api yang penuh dengan bahan bakaran, 



              { 6}   (Mereka dilaknat) ketika mereka duduk di kelilingnya,   
             
              { 7}   Sambil mereka melihat apa yang mereka lakukan kepada orang-orang yg beriman.  


              { 8}   Dan mereka tidak marah dan menyeksakan orang-orang yang beriman itu melainkan kerana orang-orang itu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji! 



              { 9}   Tuhan yang menguasai segala alam langit dan bumi dan (ingatlah), Allah                       sentiasa menyaksikan tiap-tiap sesuatu.      
        
              {10}   Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan  orang-orang  lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka   tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab Neraka Jahannam (kerana perbuatan   buruk itu) dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar (kerana mereka tidak                          bertaubat). 
           
              {11}   Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; yang demikian itu ialah kemenangan yang       besar.

              {12}   Sesungguhnya azab Tuhanmu (terhadap orang-orang yang kufur ingkar) amatlah berat.  
            
              {13}   Sesungguhnya Dialah yang menciptakan (sekalian makhluk) pada mulanya dan yang mengembalikannya (hidup semula sesudah mati).  


              {14}   Dan Dialah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Pengasih.  
          
              {15}   Tuhan yang mempunyai Arasy yang tinggi kemuliaannya, 
          
              {16}   Yang berkuasa melakukan segala yang dikehendakinya. 
             
              {17}   Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal (kebinasaan yang telah menimpa)  kaum-kaum yang menentang (Rasul-rasul yang diutuskan kepada mereka)? 
              
              {18}   (Mereka itu ialah kaum) Firaun dan Thamud (kaum Nabi Soleh

              {19}   (Kaummu wahai Muhammad, bukan sahaja menolak ajaranmu), bahkan orang-orang yang kafir itu terus tenggelam dalam keadaan mendustakan kebenaran;  
 
              {20}   Sedang Allah, dari belakang mereka, melingkungi mereka (dengan kekuasaanNya)!


              {21}   (Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya;    


              {22}   (Lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Luh Mahfuz.

 ************************************************************************
Haaaa, amacam? menarik kan? Ok. Nanti la erk cerita pasal kisah ghulam ni. Ok bagi pengenalan watak2 dulu eyh. Sampai sini dahulu. Salam...


 

                                     Watak Utama -- Ghulam                                                                


 
Watak Kedua Utama -- Rahib..









Watak ketiga Utama -- Magicians..

Kredit to Kak Izati for kartun yang amat comel.. hihihihi. Ilustrasi sekadar hiasan utk lebih menarik perhatian...jgn salah paham pulak. :D






2 comments:

Anonymous said...

hehe klo xingt usrah psal pe, bleh la g review kat blog mu. blog 1 agi msti tlis pasal TA en? mu ptot snap pic die tdi. wawawa

Aishah said...

haha. bole2. nak tambah2 pon bole gak no hal. Tula, ak da rase nak tangkap gamba dy, tp takot kantoi plak kan, ramai sangat org td. hik3.