Wednesday, March 4, 2009

MooD Seorang BLogger...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kusedari masa berlalu, mengapa aku masih menaip kata-kata yang belum tentu ada yang sudi membacanya?? Namun apakan daya,..

"Bloggers are monkey". Farah terkelu. Dia membesarkan matanya yang sepet itu. Apa ertinya semua ini? Farah menarik muka masam.Dia hampir terlelap sebentar tadi kerana ceramah kali ini amat membosankan sekali. Namun, 3 perkataan yang keluar dari mulut penceramah itu amat mengguris hatinya..

Farah berdiri.Dari tempat duduknya,tanpa segan silu, dia melemparkan pandangan ke arah penceramah yang berusia seawal 40-an itu. 'Tapi tuan, tidak semua blogger itu seperti apa yang tuan cakapkan. Blogger ada kehidupan sendiri. Bagi saya, blogger mempunyai satu cara yang unik untuk menyampaikan apa yang terkandung dalam hatinya, mahupun pemikirannya. Mungkin tuan tidak pernah membaca dan mengikuti perkembangan sesebuah blog itu, tetapi, tuan tidak boleh dengan semudahnya membuat kesimpulan yang mungkin akan menyakitkan hati banyak pihak'.

Blogger mempunyai cara tersendiri untuk menyampaikan sesuatu. Ada blogger yang menulis blog hanya untuk menarik minat orang yang mempunyai minat yang sama. Menerusi "blog", perkongsian pengalaman malah ilmu pengetahuan dapat dilakukan dengan mudah. Tapi, blogger perlu berkorban..masa dan tenaga yang pasti. Tapi, untuk blogger yang ingin berkongsi kisah-kisah yang penuh pengajaran dan teladan, itu semua tidak penting. Harapan mereka hanya untuk menyedarkan mereka mereka diluar sana. Harapan mereka agar, apa yang buruk berlaku pada diri mereka dan persekitaran dapat sama-sama dijadikan iktibar. Ilmu dikongsi tanpa jemu.
Ada juga blogger yang mengisahkan kehidupan mereka sendiri menerusi blog yang mereka usahakan.Sesetengah pihak amat sukar berkongsi pengalaman hidup dengan orang lain, bahkan dengan ahli keluarga juga berasa malu, oleh itu, blogging adalah cara mudah yang dapat difikirkan untuk berkongsi semua itu.

"Uit,mengelamun nampak!", kata Syaza. Farah tersentak. Tersedar dirinya dari lamunan yang panjang. Tersenyum dirinya sendirian. Dia cuba mengingati apa yang berlaku sebentar tadi. Penceramah itu sudah tiada di depan mata. Dewan yang besar itu kelihatan sepi dengan hanya kehadiran mereka berdua.

"Jom balik', ajak Farah. Syaza yang masih terkebil-kebil hanya mengikut sahaja apa yang diperkatakan Farah. Mereka melangkah keluar dari dewan itu.

No comments: