Wednesday, March 4, 2009

Kisah pengislamannya buat renungan..

Pagi itu indah seperti biasa...tidur yang lena terhenti disana..
mata layu..masih tak berdaya..buka lah tingkap mu curahkan cahaya.......


Jika kita lihat dalam diri kita, bertapa bertuahnya.. Bila kita celik sahaja, kita sudah bergelar "Islam". Ramai orang mula meragui..mula lupa diri...dan kemudian, timbullah macam macam gelaran.."Islam pada nama"..
Hurm, lembaran kali ini, saya ingin berkongsi..sesuatu yang saya rasa amat amat memberi makna dalam hidup saya..
Mungkin hidup pembaca juga,,siapa tahu.
Kisah pengislaman seorang Hamba Allah ini. Mungkin saya suka mereka cerita, mungkin cerita disampaikan agak pelik dan sukar dihadam..mungkin juga..Ahh! jangan telampau banyak kemungkinan..kerana akan timbul keraguaan kelak.
Cerita yang saya ingin sampaikan ini, saya dengar sewaktu menghadhiri satu ceramah yang disampaikan oleh hamba Allah ini (watak utama) sendiri..tp, untuk menambah perasa, sesetengah part mungkin telah diedit..:P

Kisah pengislaman brother Aiman (bukan nama sebenar)...

See won seorang pelajar yang mempunyai keletah yang disukai kawan-kawannya.. Mungkin sikap nya yang suka bergurau.. atau tanpa kehadiran nya kelam kusam lah kelas nya..Sikapnya yang suka menyakat orang dan bergurau senda itu amatlah disenangi oleh teman-teman..

One fine day, See won seperti biasa melangkah dengan girang ke sekolah. Didalam hatinya, berbunga-bunga keriangan kerana sudah mendapat ilham baru untuk dijadikan bahan ketawa. Dia akan mengisyhtiharkan dirinya beragama buddha* pada hari ini..
Kawan-kawannya melayan keletahnya seperti biasa..Yang memeranjatkan, mereka semua percaya.Selepas beberapa hari.. See won pon datang ke kelas dengan gembira,..lalu mengatakan.."Joke! I am still a Cristian..Mwahahaha".
Hari selepas itu, See won berasa agak bosan kerana tiada idea untuk membuat lawak..Dia dengan tidak sengaja "sujud" seperti di dalam islam tanpa mengetahui apa perbuatan yang sedang dilakukan..

Kawannya, yang ternampak perbuatannya itu teros menyergahnya dan berkata,...."Don't say that now you are a muslim??"..
Guess what he reply..."Owh yes I am"..
See won ingin meneruskan penipuan yang tidak disengajakan itu..tetapi..dia mengakui dia jahil..Demi untuk meneruskan cita-citanya itu..dia pon melakukan research tentang agama "Islam" yang difahaminya sebagai agama yang amat pelik.

Semakin banyak ilmu yang didapati mengenai islam...semakin hatinya tersentuh...
Subhanallah..
Akhirnya...perkataan "It is a joke!" tidak pun terkeluar dari mulutnya kerana dia amat tertarik dengan agama itu...
Dan dia pun memeluki agama itu...Sehingga sekarang..genaplah 8 tahun dia bergelar islam...dan selamanya..

Terlalu banyak dugaan dan cabaran yang terpaksa ditempuhi...ahli keluarganya.semua beragama kristian dan amat kuat memegang agama yang dianggap suci..
Aiman hanya mampu berdoa, agar seluruh ahli keluarga yang disayangi suatu hari nanti...diberi hidayah seperti mana dirinya..
Mari lah kita juga sama-sama berdoa, agar diberi hidayah..dan sentiasa ditunjukkan jalan yang lurus..

Ameen..

No comments: