Thursday, March 5, 2009

Kisah pengislamannya buat renungan.. siri 2

Tahukah kawan2, didalam sebuah hadith nabi (sahih) ada diceritakan..

"Sewaktu Allah menenggelamkan Firaun dan sekutunya (ingat lagi x kisah laut yang terbelah tu??~mesti ingat kan?)..Jibrail Alaihi Salam menyelam kedasar lautan untuk menutup mata hati firaun!mengapa???

Kerana Jibrail takut, mungkin sebelum ajalnya firaun, dia terdetik hati untuk memohon keampunan dari tuhan..jika hal ini berlaku...Nescaya Allah akan mengampuni dosanya..kerana Allah maha pengampun lagi maha mengasihani.."

Tengok kawan-kawan..Sedangkan taubat firaun akan diterima, inikan pula taubat kita..
Oleh itu, jika kita melakukan kesilapan, jangan lupa untuk memohon keampunan dari Allah kerana Allah maha pengampun..Dia juga maha mengetahui setiap apa yang ada didalam hati manusia...Lagipun, setiap manusia akan melakukan kesilapan kan kan?

Ingat lagi x Brother Aiman(bukan nama sebenar) yang memeluk islam 8 tahun lalu?
Saya telah menceritakan serba sedikit tentang latar belakang pengislaman nya dalam lembaran sebelum ini..

Ada satu saat dalam hidup kita ini, kita berasa amat penat memohon doa, kerana setelah sekian lama berdoa, namun jawapan hampa yang diterima..
Pernahkah perkara sebegini terjadi kepada saudari mahupun saudara? Ya! Jawapan pasti..
Namun, kita perlu ingat, semua yang berlaku kepada diri kita, semuanya telah tertulis! Fail exam physics, Low markah Chem, semuanya..
walaupun sekecil kuman, semuanya telah tercatat sejak kita melihat dunia..

Ingatlah, jika doa kita tidak dimakhbulkan, cermin la perbuatan kita, dimana salahnya? Dan ingat jugalah..mungkin Allah melewatkan doa kita dimakhbulkan kerana Dia ingin mendengar lagi suara hambanya ini berdoa kepadanya...

"Allah tidak akan membebankan hambanya lebih berat daripada apa yang mampu ditanggung oleh hambanya"
ingat tu kawan-kawan.

No comments: