Monday, February 6, 2012

Extracting Guidance from the Quran

Salam all~

Td nak study, tp somehow otak kt merata2 tempat. pikir masalah ni, pikir masalah tu... jadi tak tenang.
bace tiga pat kali tak masuk2.. so i decided to stop looking at my book la kan..

lepas tgk2 video merepek2 kt youtube, lgu ni lgu tu dan sebagainya, terlintas la plak nk dgr stories in quran.. so taip la kt search box dekat utube tu ha, stories in quran nouman ali khan..
pastu tak jmpe pon ape yg dicari, but i came across extracting guidance from the quran. ade 6 part, and each part about 9 minutes...

so tgk la video tu.. what i learnt from the videos? erm.. satu tu, i got reminded by him, yg quran ni bukan lah a book of knowledge.. dlm quran byk kali ade ckp yg quran ni as a guidance.. sbb tu la dalm quran ade byk repetition kalo perasan.. cth nye kisah nabi adam.. berape kali dlm quran ade cite pasal nabi adam ni? banyak kan...
sampai ada pengkritik barat ni ckp yg al quran ni byk repetition sgt... tp mmg la, sbb quran bukan lah book of knowledge. kalo book of knowledge, mmg akn mention sesuatu tu once aje! takde maknenye nk ckp byk2 kali.. kalo ade pon dy just akan tulis refer page bla3.. ye dak?

berbalik kpd kisah nabi adam td.. ape yg Allah nk kte belajar dr kisah nabi adam ni sebenarnye? kalo kte tgk kisah nabi adam ni, sape watak baik? mesti lah nabi adam kan.. and then the bad guy nye? iblis kan? ataupun kte pggl syaitan. ape yg berlaku sebenarnye? kte tgk nabi adam buat salah.. salahnye? dy melanggar perintah Allah.. on the other hand, iblis pon buat salah jugak... tp consequences nye? iblis dpt laknat dan nabi adam dimaafkan.. how come this thingy happen ?

kalo kte tgk lepas dorg buat kesalahan, ape yg dua watak ni buat? kte tau bile iblis ckp dy taknak tunduk pada nabi adam.. Allah tnye dy.. kenape taknak tunduk pd nabi adam ni?? pastu ape iblis jawab? Iblis ckp ak engkau ciptakan dr api dan nabi adam engkau ciptakan dr tanah. (surah Al Araf: 12). So kalo kte tgk pulak ape nabi adam buat bila dia dicampakkan di dunia? dy boleh aje ckp dy diframe.. kenape plak? sbb Allah mmg dah ckp awal2, Aku ingin menciptakan seorang khalifah di muka bumi.. bukan kt syurga. so, Allah dah tau dah yg nabi adam ni akan diletakkan di muka bumi. So, nabi adam leh je ckp.. ak tak salah.. Allah dah tau yg aku ni mmg nti akan dicampakkan dimuka bumi.. sbb tu iblis datang goda dah tup.. ak terperangkap... tp instead of ckp cam tu, nabi adam bertaubat.. dy ckp,


"Rabbana zalamna anfusana, wa in lam taghfir lana wa tarhamna la-nakunanna minal-khaasirin."
"Our Lord! we have been unjust to ourselves, and if Thou forgive us not, and have (not) mercy on us, we shall certainly be of the losers." (7:23)

sbb ape? sbb nabi adam tau, yg Allah tau semua benda.. ilmu Allah tu melingkumi semua benda.. apa yg kte sembunyikan dan apa yg kte lahirkan.. tp iblis on the other hand, dy menggunakan knowledge yg dy ada, utk melawan Allah... itu point yg nk disampaikan iA.. 

menarik tak? ade lg kisah2 len yg diceritakan oleh brother nouman kte kt dlm video ni.. berminat? klink link to video utk mendengar penuh extracting guidance from the quran.. semoga kte mendapat manfaat drpd video dan penulisan ni iA. maaf kalo ade tersilap bahasa ape sume.. semua yg baik tu dtg dr Allah, dan segala yg terkurang tu juga dtg dr Allah, tp disandarkan atas kelemahan saya sndr.. 
wassalam~ 


Link to video :D

Thursday, March 17, 2011

Solat Sunat Dhuha

Assalamualaikum..

Hari ini saya ingin mengajak kawan kawan semua untuk mengerjakan solat dhuha. Banyak khasiat ni. menarik..
Solat sunat dhuha is one of the three solat sunat yang Rasulullah s.a.w tidak pernah tinggal. So ape lg?
Disini disertakan juga hadith2 yg berkaitan..

taken from here. thanks a lot! ^_^

Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : 
Allah telah berfirman: 

“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.” (Riwayat Ahmad) 
Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari. 

Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya : 

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim) 

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud :

” Barangsiapa yangmenunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang
 menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ). 

Fadilat Dhuha 

Banyak hadis-hadis yang mengalakkan solat Dhuha dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat katanya: 

1. “Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” (Abu Hurairah :Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim) 

2. Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.” 

3. Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : 
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi). 

4. Daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas” (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi) 

Saturday, February 19, 2011

Isra' dan mikraj.. Peristiwa disebalik kejadian


ISRA’ WAL-MIKRAJ

Sebelum Isra’ dan Mikraj

Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan " Isra’ " itu.

Semasa Isra’ ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa)

Sepanjang perjalanan (Isra’) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii.Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);


Peristiwa Isra'

1. Orang yang bercucuktanam mengeluarkan hasil yang banyak dan cepat. Gambaran orang yang membelanjakan harta di jalan Allah.

2. Mencium bau yang wangi iaitu bau tukang sikat Firaun yang beriman kepada Allah.

3. Sekumpulan manusia menghempap kepala masing-masing dengan batu berulangkali. Gambaran orang yang berat melakukan solat fardhu.

4. Kumpulan manusia telanjang memakan rumput berduri, buah zakkum yang sangat pahit dan makan bara api Jahannam. Balasan orang yang tidak suka menderma, bersedekah dan tidak mengeluarkan zakat.

5. Orang yang mengguntingkan lidah tidak berhenti-henti. Balasan orang yang bercakap tetapi tidak mengamalkannya.

6. Sekumpulan manusia makan daging busuk sedangkan ada daging baik, balasan orang yang berzina sedangkan dirinya ada isteri yang sah.

7. Orang yang tenggelam timbul dalam lautan darah dan dilemparkan dengan batu. Balasan orang yang makan riba.

8. Kumpulan manusia mencakar-cakar muka dan dada dengan kuku yang tajam. Balasan orang yang suka mengumpat.

9. Orang yang membawa berkas kayu yang banyak tidak terangkat olehnya. Balasan oarang yang menerima amanah tetapi tidak sanggup melaksanakannya.

10. Seekor lembu keluar dari lubang kecil tetapi tidak dapat masuk semula ke dalam lubang tersebut. Gambaran orang yang suka bercakap besar.



Peristiwa Mi'raj

1. Wanita menangis sambil meminta pertolongan tetapi tiada yang sanggup membantu. Gambaran balasan wanita yang berhias bukan kerana suaminya.

2. Wanita tergantung pada rambutnya, otaknya menggelegak dalam periuk. Balasan wanita yang tidak menutup auratnya (rambut)

3. Wanita berkepala seperti babi, badannya seperti kaldai dan menerima berbagai balasan. Wanita yang suka membuat fitnah, bermusuh dengan jiran dan membuat dusta.

4. Wanita yang mukanya hitam dan memamah isi perutnya sendiri. Balasan wanita yang mengoda dan menghairahkan lelaki.

5. Lelaki dan wanita yang ditarik kemaluannya ke depan dan ke belakang serta dilontar mukanya ke api neraka. Kemudian ditarik dan dipukul hingga keluar api dari badannya. Balasan orang yang membesarkan diri dan takabur kepada orang ramai.

6. Lelaki dan wanita dimasukkan besi pembakar daging dari duburnya, keluar hingga ke mulutnya. Balasan orang yang membuat fitnah, mengejek dan mencaci.

7. Wanita tergantung rambutnya di pohon Zakkum, api neraka membakarnya lalu kering kecut dagingnya terbakar. Balasan wanita yang minum ubat untuk membunuh janin.

8. Wanita dibelenggu dengan api neraka, mulutnya terbuka luas, keluar api dari perutnya. Balasan wanita yang menjadi penyanyi tidak sempat bertaubat.

9. Lelaki dan wanita yang masuk api ke dalam perut dari duburnya lalu keluar dari mulut. Balasan orang yang makan harta anak yatim.

10. Lelaki dan wanita kepalanya terbenam dalam api, dituang pula air
panas ke badannya lalu melecur seluruh tubuhnya. Balasan orang yang berusaha ke arah pergaduhan sesama manusia.

Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat. (Hadis riwayat Muslim)



Peristiwa Semasa Mikraj

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama  lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

i.Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

ii.Langit Ke-2: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

iii.Langit Ke-3: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.

iv.Langit Ke-4: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.

v.Langit Ke-5: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

vi.Langit Ke-6: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vii.Langit Ke-7: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu.

viii.Tangga Ke-8: Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban. Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

ix.Tangga Ke-9: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

x.Tangga Ke-10: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah alBaqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali  dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.



Kesimpulan

Peristiwa Isra’ dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah S.W.T. Allah telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda S.A.W.Diharap peristiwa besar Isra’ dan mikraj ini dapat memberi pengajaran dan ikhtibar yang berguna kepada kita semua,semoga dapat megecapi kebahagian di dunia dan akhirat.Kenanglah pergorbanan dan kasih sayang Rasulullah S.A.W kepada umatnya…

Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Surah Al-Israa': Ayat 1).